15 hingga 20 peratus rakyat pulang dari luar negara tidak kuarantin

0
189
Gambar hiasan

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

PUTRAJAYA – Sebanyak 15 hingga 20 peratus rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara tidak mematuhi arahan untuk kuarantin selama 14 hari.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham berkata, disebabkan itu pihaknya terpaksa memperketatkan pematuhan kuarantin bagi memastikan mereka mengikutinya.

“Tiada lagi rakyat asing dibenarkan masuk ke negara ini tapi masalah sekarang rakyat kita yang baru pulang dari luar negara.

“Tindakan dalam fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah kita minta mereka kuarantin di rumah, namun kita dapati kira-kira 15 hingga 20 peratus antara mereka tidak kuarantin di rumah dan masih keluar.

“Jadi, tindakan kita ialah perketatkan, iaitu pastikan mereka di kuarantin sama ada di pusat kuarantin yang ditetapkan kerajaan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mengambil contoh China yang berjaya menghentikan penularan jangkitan Covid-19.

“Kita lihat pengalaman China, walaupun mereka telah berjaya menghentikan penularan jangkitan Covid-19, sekarang mereka menguatkuasakan kuarantin sebab rakyat China yang pulang ke negara itu masih membawa penyakit tersebut.

“Jadi adalah penting untuk kita memastikan rakyat yang pulang dari luar negara disaring dan dipastikan kuarantin untuk tempoh 14 hari,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here