Aplikasi ‘Sedap Ek’ bazar Ramadan di Segamat

0
238

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Aplikasi ‘sedap ek’ bakal memberi manfaat kepada lebih 3,000 penduduk Segamat dan 150 peniaga bazar Ramadan menikmati bazar dalam talian pertama di Segamat, Johor.

Dalam satu kenyataan memaklumkan, ia susulan pembatalan penganjuran bazar Ramadan di beberapa negeri yang dijangka menjejaskan pendapatan para peniaga dan penjaja.

Menurutnya, syarikat KBROS Sdn. Bhd., mengambil inisiatif mewujudkan pembelian dalam talian atau e-bazar bagi menggantikan bazar Ramadan yang berkonsepkan fizikal.

“KBROS Sdn. Bhd. telah mewujudkan aplikasi yang dinamakan “Sedap Ek App” yang boleh
dimuat turun oleh pengguna android menerusi telefon pintar bermula 16 April ini.

“Pengguna juga boleh melayari laman sesawang https://apps.sedapek.cafe bagi mendaftar perniagaan di e-bazar tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, platform digital tersebut membolehkan peniaga menjana pendapatan semasa Ramadan selain memberi peluang penduduk sekitar Segamat membeli juadah berbuka puasa di dalam talian.

Bagi tujuan itu, KBROS menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan (runner) terus kepada para pembeli.

“Tarikh akhir pendaftaran untuk peniaga daerah Segamat adalah 15 April di mana lebih 13 lokasi sekitar Segamat yang bakal mendapat manfaat e-bazar ini termasuklah Bandar Putra (IOI), Bandar Segamat, Jementah, Batu Anam dan Felda Pemanis, Felda Medoi, Kampung Tengah, Gemereh, Kampung Jawa, Paya Pulai, Bukit Siput serta Segamat baru.

“Manakala kadar sewaan serendah RM1 sehari dapat mengurangkan beban peniaga dalam fasa survival ini,” katanya.

Kenyataan itu turut berkata, promosi seperti penghantaran percuma untuk tiga orang pembeli terawal setiap harı
dapat menarik minat pelanggan untuk terus membeli dalam talian.

Menariknya bazar dalam talian Segamat kali ini turut disertai oleh para peniaga utama ketika setiap kali bazar Ramadan berlangsung. Ini dapat membantu pelanggan lebih mudah mencari juadah ketika bulan Ramadan nanti.

Tambahnya, KBROS percaya ini adalah salah satu usaha strategik yang diperlukan saat ini bagi menyambut bulan puasa yang bakal tiba beberapa hari lagi sekali gus ia dapat membendung penularan wabak Covid-19 yang melanda negara.

Sebarang pertanyaan boleh layari Facebook Page Sedap Ek App atau hubungi Cik Illiyyin atau Cik Izzaida di talian 011-1079 4223.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here