Bersyukurlah Kluster Kayangan!

0
79

Oleh SITI AZIELAH WAHI

SEPANJANG minggu lepas heboh dalam media sosial dan media arus perdana tentang kewujudan kluster baharu yang disebut ‘kluster kayangan’ terdiri daripada rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.

Kumpulan ini disifatkan sebagai ‘kluster kayangan’ kerana seolah-olah datang dari kayangan dek perangai yang menjengkelkan.

Mungkin tidak semua namun berdasarkan aduan dan rintihan oleh para doktor dan jururawat kebanyakan mereka memang ramai yang ‘kekwat’ dan sukar memberikan kerjasama.

Mereka dikatakan telah mengherdik pihak petugas kesihatan dengan kata-kata yang menghina seperti memanggil mereka anjing atau pencacai najis.

Mereka juga didakwa enggan bekerja sama dan bercakap kasar dan merendah-rendahkan petugas kesihatan yang ingin memeriksa dan merawat mereka.

Malah sebahagian mereka turut merungut dengan kemudahan yag disediakan oleh kerajaan sehingga menyifatkan pusat kuarantin kerajaan seperti lubang tahi.

Amat menjengkelkan ada yang menyatakan bilik yang disediakan buat mereka tidak sesuai untuk binatang duduk, apatah lagi manusia.

Ada juga yang sombong dan berlagak menghina makanan yang disediakan tanpa mereka sedar ada masyarakat di luar sana terpaksa mengais sampah untuk mengalas perut.

Tidakkah mereka bersyukur dna berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang menempatkan mereka di hotel-hotel bertaraf tiga bintang ke atas secara percuma.

Kepulangan mereka dari luar negara disambut dengan baik, dihantar ke hotel menaiki bas berhawa dingin, siap diiring polis trafik supaya mereka lancar dan teratur.

Cuba lihat bagaimana negara lain melayani mereka yang dikuarantin, ada yang ditempatkan di dalam dewan tanpa katil, ada juga yang diasingkan di dalam pondok jauh dari kawasan tempat tinggal lain.

Dalam situasi yang tenat ini kita perlu melihat apa yang pernah berlaku sebelum menciptakan Nabi Adam AS.

Bagaimana iblis memandang rendah kepada makhluk lain dek kerana merasakan dirinya lebih tinggi dan mulia. Lalu dia dilaknat sehingga hari kiamat.

Selak semula kisah bagaimana Allah menenggelamkan Firaun, menamatkan riwayatnya dalam keadaan yang hina keep kerana sikap sombong dan merasakan dia hebat bersama tentera nya.

Si kaya raya Qarun juga ditimbus oleh Allah bersama dengan hartanya kerana sombong dek kerana kekayaannya.

Sesungguhnya pangkat, kekuasaan, ilmu dan kekayaan menjadikan manusia ego dan sombong.

Sudah-sudahlah berlagak dan sombong. Bersyukurlah atas nikmat yang ada sebelum semuanya ditarik balik. Semua manusia sama di sisi Allah SWT.

Covid-19 juga tidak mengenal kasta dan budaya. Kaya raya dan berkuasa juga boleh terkenal wabak ini. Sudah-sudahlah…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here