Covid-19: Angka korban di Indonesia meningkat

0
310

JAKARTA – Angka korban akibat Covid-19 di Indonesia terus bertambah apabila 27 orang lagi maut menjadikan secara keseluruhan sebanyak 496 kes kematian direkodkan.

Memetik laporan The Jakarta Post, Pengarah Pusat Pengawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Indonesia, Achmad Yurianto berkata, setakat hari ini sebanyak 380 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak itu di Indonesia meningkat kepada 5,516 kes.

Jakarta mencatatkan sebanyak 196 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 meningkat kepada 2,670 kes manakala Sulawesi Selatan mencatatkan 29 kes baharu, Banten (16), Jawa Timur (15) dan Bali (15).

Dalam pada itu, jumlah yang sembuh dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 548 kes.

Setakat hari ini, Indonesia terus mencatatkan angka korban tertinggi akibat Covid-19 di rantau ASEAN manakala Filipina berada di tangga kedua dengan 349 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here