Covid-19: Mekah, Madinah catat kes tertinggi semalam

0
383

RIYADH – Kota suci Mekah dan Madinah antara empat lokasi di Arab Saudi yang mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi semalam apabila masing-masing mencatatkan 78 dan 89 kes.

Memetik laporan Arab News, secara keseluruhan semalam sebanyak 355 kes jangkitan baharu wabak tersebut dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Dua lokasi lain di negara tersebut iaitu Riyadh dan Jeddah pula masing-masing mencatatkan 83 dan 45 kes.

Dengan pertambahan kes baharu itu, secara keseluruhan, sebanyak 3,287 kes jangkitan wabak tersebut dilaporkan setakat semalam.

Jumlah kematian yang dilaporkan pula mencecah 44 kes manakala pesakit yang telah sembuh ialah sebanyak 666 orang.

Sejak kelmarin, Arab Saudi telah menguatkuasa perintah ‘lockdown’ selama 24 jam di bandar-bandar utama negara tersebut bagi mengurangkan penularan wabak tersebut.

Antara lokasi yang terlibat dalam perintah berkurung itu ialah ibu negaranya, Riyadh, Jeddah, Dammam, Dhahran, Tabuk, Hofuf, Taif, Al Qatif and Khobar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here