Covid-19: Pegawai pemerintah kapal pengangkut AS dipecat kerana suarakan ketidak puasan hati

0
5492
BRETT CROZIER – US NAVY

CYBERJAYA – Pegawai pemerintah kapal pengangkut USS Theodore Roosevelt dilaporkan dipecat semalam, selepas menyuarakan ketidak puasan hatinya terhadap langkah pencegahan perebakan wabak Covid-19 pada kapalnya.

Menurut laporan The Guardian, Kapten Brett Crozier dipecat selepas isi kandungan suratnya kepada pihak atasan dibocorkan kepada media.

Menurut Pemangku Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Thomas Modly, Crozier dipecat dari jawatannya kerana ‘melakukan pertimbangan yang salah’.

Ketika ini, kapal pengangkut tersebut sedang berlabuh di sebuah pelabuhan tentera AS di Guam, dan dilaporkan terdapat kira-kira 100 anak kapal yang disahkan positif virus wabak tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here