Covid-19: Singapura rekod kematian kelima

0
46
Rumah Penjagaan Orang Tua Lee Ah Mooi. Kredit foto CNA

CYBERJAYA – Singapura merekodkan kematian terbaharu hari ini menjadikan secara keseluruhan negara tersebut mencatatkan lima kes kematian akibat Covid-19.

Memetik laporan CNA seperti dilaporkan Kementerian Kesihatan Singapura, kes kematian terbaharu itu melibatkan seorang wanita warganegara Singapura berumur 86 tahun yang tidak pernah mempunyai sejarah perjalanan ke negara dijangkiti Covid-19.

Wanita tersebut dilaporkan meninggal dunia disebabkan pelbagai komplikasi akibat jangkitan wabak tersebut sebentar tadi.

Profil pesakit tersebut juga berkait dengan kes 918 iaitu kes pertama yang mempunyai kaitan dengan kluster Rumah Penjagaan Orang Tua Lee Ah Mooi di Thomson Lane.

Sehingga kini sebanyak 12 kes dilaporkan berlaku di kluster tersebut termasuk melibatkan seorang pesakit berumur 102 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here