Daftar tabung dengan Kementerian Kewangan

0
41

PUrTRAJAYA- Setiap Tabung yang diwujudkan untuk membantu meringankan beban serta mengekang penularan Covid-19 perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi memastikan penyumbang mendapat pengecualian cukai seperti diumumkan kerajaan.

Ismail Sabri berkata, pengecualian cukai adalah sebahagian insentif penghargaan yang diberikan kepada penyumbang selepas mereka tampil membantu.

“Mereka menghulurkan bantuan kewangan dan pelbagai peralatan berkaitan kepada petugas barisan hadapan.

“Selain tabung rasmi, iaitu Tabung Covid-19 (yang ditubuhkan kerajaan), ramai rakyat Malaysia prihatin dengan kelompok yang memerlukan bantuan.


“Justeru, ada juga beri sumbangan berupa topeng muka, pakaian perlindungan peribadi (PPE) dan sebagainya.

“Banyak tabung yang diwujudkan untuk tujuan sebegini. Kerajaan cadangkan setiap tabung ini didaftarkan dengan Kementerian Kewangan supaya insentif pengecualian cukai dapat diberikan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan, Tabung Covid-19 yang dilancarkan sejak 11 Mac lalu, kini sudah mengumpul sebanyak RM22. 66 juta wang tunai daripada pelbagai pihak dan geran kerajaan.

Katanya, sehingga semalam, sejumlah RM5.68 juta dana daripada tabung sudah disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi tujuan pembelian barangan keperluan harian untuk disumbangkan kepada mereka yang terjejas akibat wabak itu.

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memaklumkan tabung itu juga juga menerima sumbangan barangan dengan nilai terkumpul sebanyak RM26.9 juta.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here