Dr. Noor Hisham kongsi visual Covid-19

0
2043

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini memuat naik sekeping gambar dalam akaun Facebook rasminya pemandangan di ibu kota menggambarkan Covid-19 sedang berlegar-legar di kawasan persekitaran.

Beliau turut meninggalkan persoalan kepada warga maya adakah mereka akan keluar rumah atau tidak sekiranya melihat virus itu.

“Jika anda dapat lihat virus Covid-19 menular dan terzahir seperti ini, adakah anda akan keluar rumah?,” soalnya.

Rata-rata warga maya meninggalkan komen positif yang memberi mesej supaya patuhlah arahan kerajaan.

Seorang warga maya, Sri Diah Shaharuddin berpandangan, ramai yang tidak memahani apabila bercakap supaya duduk di rumah.

Menurutnya, diharapkan melalui visual yang cuba disampaikan memberi maklumat lebih jelas akan situasi ngeri ini.

“Ramai yang tak faham apabila kita bercakap supaya #dudukrumah. Diharap melalui visual yang cuba disampaikan ini, mereka lebih jelas akan situasi ngeri ini.

“Ada orang yang faham melalui tulisan. Ada yang faham melalui visual. Terima kasih Dr. Noor Hisham Abdullah. ‘Good effort’,” kongsinya.

Bagi Wahidah Abu Talil pula, dia masih tidak akan keluar rumah selagi tiada penurunan sehingga angka sifar.

“Nampak atau tidak memang saya tak akan keluar selagi tiada penurunan sehingga sifar.

“Moga kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT,” katanya.

“Jujurnya saya memang bayangkan macam ni setiap kali keluar rumah, memang takut.

” Tapi keluar sebab terpaksa. Allahu.. jomlah semua ikut nasihat. Kita mesti menang!,” tulis Mimie Yasmien.

Sementara itu, Man Vivac bersetuju sekiranya keadaan itu memaksa, KKM menambah lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kalau keadaan memaksakan, terpaksalah KKM tambahkan lagi PKP ini untuk kebaikan kita semua,”katanya.

Falinda AJ juga turut menyifatkan PKP perlu diteruskan sehingga memunjukkan angka sifat.

Katanya, PKP diharapkan diteruskan sehingga sifar jika untuk kebaikan rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here