Imigresen lapor polis video ‘rempuhan’ di BSI

0
137
Keadaan terkawal di BSI semalam

CYBERJAYA – Jabatan imigresen memandang serius perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menularkan sebuah video kononnya berlaku kejadian rempuhan oleh rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, video itu sebaliknya adalah suasana latihan kebakaran di bangunan itu yang diadakan pada 18 Disember tahun lalu.

“Jabatan Imigresen mengambil serius penularan video itu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang berniat untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, tular satu video yang kononnya rakyat Malaysia dari Singapura merempuh sekatan yang dibuat oleh pihak berkuasa selepas Singapura melaksanakan perintah kawalan seperti dikuatkuasakan Malaysia sekarang.

Malah, video palsu tersebut turut dikongsi oleh beberapa pihak lain termasuk ahli politik sehingga mencetuskan suasana panik dalam kalangan orang awam.

Sementara itu, katanya, satu laporan polis juga akan dibuat oleh pihak Jabatan Imigresen Johor berhubung berita palsu itu. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here