Jangan lepaskan peluang dapatkan ayam segar RM11 seekor

0
80

RAUDHAH CITY- Raudhah Grocer dan Malakat Delivery mengambil inisiatif membantu pelanggannya mendapatkan bekalan ayam segar dengan harga RM 11 seekor bermula esok.

Dalam perkongsian di Raudhah Grocer memaklumkan untuk permulaan kedai ayam bergerak segar itu memfokuskan empat kawasan utama bagi perkhidmatan bekalan ayam termasuk di Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil dan Putra Perdana di Puchong, Selangor.

” Kami membekalkan ayam yang dijamin halal dengan anggaran berat 1.6kg hingga 2kg seekor dan akan diedarkan dengan harga RM11.

“Terhad untuk 2,000 ekor ayam akan diedarkan setiap hari bermula jam 9.30 pagi oleh Malakat Delivery,” kongsinya.

Dalam perkongsian itu turut memberitahu setiap maklumat perjalanan akan dihebahkan di Facebook Malakat Mall untuk memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan bekalan ayam segar.

Katanya, pihaknya bercadang memulakan jualan bergerak di kawasan Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil dan berakhir di Putra Perdana Puchong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here