Kes positif selepas lawat Indonesia paling tinggi

0
61
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Jumlah kes positif Covid-19 dalam kalangan warganegara Malaysia yang melawat Indonesia mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 99 kes berbanding jangkitan dari negara lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga Jumaat lalu seramai 12,672 rakyat tempatan yang baru pulang dari pelbagai negara sudah disaring oleh pihaknya.

Dr. Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 139 individu dilaporkan positif Covid-19.

Beliau berkata, daripada jumlah positif Covid-19 berkenaan, 99 kes adalah mereka yang melawat Indonesia, 14 kes melawat United Kingdom, 13 kes melawat Singapura, lima kes melawat Turki, tiga kes melawat Belanda, dua kes melawat Amerika Syarikat dan satu kes masing-masing melawat Thailand, Perancis dan Bangladesh.

“Ini menunjukkan aktiviti ‘pendekatan tertumpu’ yang diambil kerajaan setakat ini menunjukkan hasil yang diharapkan seperti mengekang penularan dalam kalangan kumpulan yang berisiko tinggi ini.

“KKM menjangka lebih banyak kes positif akan dikenal pasti dalam masa terdekat ini memandangkan aktiviti pendekatan tertumpu ini masih diteruskan,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here