Kita perlu menang perlawanan ini

0
59
Orang ramai perlu terus patuhi PKP bagi pastikan rantaian wabak Covid-19 dapat diputuskan.

SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

Jelas sekali ini Covid-19 bukan satu perlawanan yang mudah kerana ia perlukan kerjasama semua pihak termasuk masyarakat di luar sana.

Ini juga termasuk kerjasama barisan hadapan (frontliner) yang bertungkus-lumus bagi memastikan rangkaian wabak ini dapat diputuskan.

Jika dilihat hasil kerja keras barisan hadapan ini membuahkan hasil apabila Malaysia mencatatkan penurunan kedudukan dalam senarai negara-negara dijangkiti wabak Covid-19 ini.

Kedudukan terkini itu sekali gus menunjukkan usaha keras barisan hadapan Malaysia membendung pandemik Covid-19 melalui inisiatif pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mula menampakkan keberkesanan memberangsangkan.

Malah, trend terkini juga menunjukkan statistik kes jangkitan Covid-19 di Malaysia sudah mula menunjukkan graf mendatar dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.

Ini menunjukkan apa yang dirancang oleh pihak kerajaan untuk memutuskan penularan wabak Covid-19 mulai berhasil.

Ia juga mengetepikan ramalan yang menjangkakan Malaysia akan berlaku peningkatan kes jangkitan Covid-19 akibat gelombang ketiga pada pertengahan bulan April.

Namun perlu diingat bahawa statistik jangkitan kes Covid-19 di Malaysia mampu kembali meningkat mendadak sekiranya kerajaan tidak mengambil iktibar sebaik mungkin.

Selain kerajaan, rakyat Malaysia juga perlu berikan kerjasama dengan barisan hadapan untuk memastikan penyebaran wabak ini dapat diputuskan.

Sama ada duduk di rumah patuhi PKP atau beri kerjasama dengan tidak berbohong jika anda mempunyai kontak rapat dengan mana-mana pesakit Covid-19 untuk diambil tindakan seawal mungkin.

Oleh itu, perlunya kita menang dalam ‘perlawanan’ ini untuk pastikan wabak Covid-19 dapat dikalahkan jika tidak, kita bermungkin sambut syawal dalam keadaan PKP! – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here