KKM kesan satu kluster baharu di Pengerang, Johor

0
166

Oleh: NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu lagi kluster yang bermula di Pengerang, Johor.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks (iaitu kes ke-1,508) kluster ini telah mula
mengalami gejala pada 12 Mac lalu.

Menurutnya,  pesakit itu telah dirawat di
sebuah klinik swasta pada 16 Mac lalu dan disyaki sebagai menghidap demam denggi.

“Pada keesokan hari, pesakit itu telah
merentas beberapa buah negeri untuk mengunjungi sanak saudara di sekitar Selangor sebelum pulang ke Pengerang pada 18 Mac lalu.

“Keadaan kesihatannya mula merosot dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor pada 20 Mac dalam keadaan yang kritikal seterusnya disahkan positif jangkitan Covid-19 pada 22 Mac lalu,” katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, setakat hari inu kluster tersebut melibatkan sebanyak 15 kes
positif Covid-19 iaitu 10 rakan sekerja dan lima ahli keluarga kes indeks termasuk ibunya yang berusia 79 tahun dan anak perempuan berusia 10 tahun.

Katanya, sebanyak tujuh  kes daripada kluster ini masih di dalam rawatan manakala lapan kes lagi telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj.

“Secara keseluruhan, tiga kes di dalam kluster ini telah dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

“Jangkitan dalam kalangan ahli keluarga yang menetap di negeri lain adalah dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung mengunjung yang berlaku sehari sebelum pelaksanaan PKP,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here