KKM usaha mencari kit ujian kesan Covid-19 masa singkat

0
43

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) pihaknya masih melihat satu ujian yang cepat dan tepat untuk mengesan Covid-19.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bekata, jika dapat melaksanakan ujian Covid-19 dalam tempoh masa setengah jam hingga satu jam itu adalah paling baik.

Menurutnya, bagaimanapun setakat ini pihaknya belum menemui lagi ‘rapid test kit’ yang berkesan dengan ketepatan tinggi.

“Dari segi kapasiti kita tidak perlu menghantar spesimen ke makmal, jadi kita boleh laksanakan dengan cepat dan tepat di tempat ujian dijalankan.

“Jika ia dapat dilaksanakan memudahkan kita mendapatkan ujian tersebut kes ‘pending’ pun akan berkurangan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, setiap hari kapasiti makmal harian dapat melaksanakan kira-kira 10,329 ujian sehari.

Bagaimanapun katanya, keupayaan sebenar boleh ditingkatkan lagi kepada 11,546 ujian melalui 43 makmal sedia ada.

“Melalui pemantauan pihaknya dapat melihat bagaimana cara untuk meningkatkan kapasiti makmal yang ada.

“Mungkin ada masalah ejen tetapi kita telah melaksanakan beberapa strategi untuk meningkatkan keupayaan makmal kita termasuklah meningkatkan mesin automasi makmal Covid-19 yang sedia ada, melakukan pertambahan peralatan di makmal Covid-19 sedia ada.

“Selain itu dengan kolaborasi dengan makmal Angkatan Tentera Malaysia (ATM), MOSTI, makmal-makmal universiti dan tambahan makmal swasta,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga mempunyai kolaborasi makmal berinput tinggi.

Menurutnya, pihaknya masih dalam peringkat membuat penilaian dan verifikasi dari semasa ke semasa untuk mengenal pasti satu ‘test kit’ yang tepat.

“Yang penting adalah menggunakan ujian yang mempungai jangka masa cepat, buat masa ini masa ujian itulah memakan masa.

“Tetapi kalau jumlah kes bertambah maka keputusan ujian juga lambat sehingga 24 jam atau 48 jam,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here