Malakat Mall bantu 20 peniaga bazar Ramadan berniaga dalam talian

0
51

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan Malakat Mall mengambil inisiatif membantu 20 peniaga bazar Ramadan yang bakal terkesan supaya turut serta berniaga di dalam talian.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, tidak dinafikan peniaga bazar Ramadan antara peniaga yang mengharapkan sumber pendapatan melalui bazar Ramadan.

Menurutnya, pihaknya ingin membantu golongan itu asalkan rajin, boleh bekerjasama dan menyediakan makanan yang enak.

“Tempat yang disediakan adalah terhad namun mereka yang dipilih bakal memperoleh keuntungan apabila beberapa aspek termasuk pemasaran, penghantaran dan urusan mengambil pesanan diuruskan oleh pihak kami.

“Peniaga hanya fokus masak makanan yang sedap-sedap dan bungkuskan makanan berkenaan,” katanya dalam perkongsian dalam akaun Facebook miliknya.

Pengasas Raudhah Grocer itu turut berkongsi sekiranya berminat bolehl mendaftar sebelum malam ini.

“Hanya klik di bit.ly/PeluangBazarRamadhanOnline_MalakatMall dan kongsikan kepada rakan-rakan yang anda kenali berniaga di bazar Ramadan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here