MRM sumbang 200 pek iftar setiap hari sepanjang Ramadan

0
49
Sumbangan pek iftar yang diberikan kepada petugas barisan hadapan

CYBERJAYA – Sepanjang bulan Ramadan ini, Raudhah Grocer Xpress yang dimiliki oleh Multiracial Reverted Muslim (MRM) akan mengedarkan sebanyak 200 pek iftar setiap hari kepada petugas barisan hadapan dan masyarakat yang memerlukan.

Pengasas MRM, Firdaus Wong Wai Hung berkata, pemberian juadah berbuka puasa itu juga selari dengan tujuan pihaknya membuka Raudhah Grocer Xpress iaitu untuk kebajikan semua.

“Ini juga bersesuaian dengan hadis Rasullullah yang bersabda ‘Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa’
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi),” katanya dalam laman Facebook miliknya.

Sehubungan itu, katanya, jika orang ramai di sekitar Shah Alam memerlukan pek iftar, mereka boleh menghubungi MRM di talian 013-3052925.

Beliau berkata, pihaknya akan berusaha untuk mengaturkan bantuan supaya tiada yang kelaparan.

“Doakan agar segala usaha kita dirahmati dan diterima oleh Allah SWT, ” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here