Nikmati kos penghantaran percuma di Raudhah Grocer

0
49

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

RAUDHAH CITY – Kos penghantaran bagi pembelian dalam talian melebihi RM50 di Raudhah Grocer adalah percuma.

Demikian makluman yang dikongsi dalam Facebook Malakat Mall hari ini.

Menurutnya, pembelian dalam talian di www.RaudhahGrocer.com kini kembali beroperasi dengan sistem pembelian yang telah dinaiktaraf selain penghantaran difokuskan di sekitar Cyberjaya, Putrajaya, Puchong, Dengkil, Serdang, Bangi dan Kajang.

“Tahu kan? Sekarang dah boleh beli barang secara dalam talian dengan Raudhah Grocer. Anda pesan di website kami, kami hantar.

“Kos penghantaran biasa-biasa RM15, tapi sekarang ini percuma. Ya, tak perlu bayar apa-apa untuk pembelian melebihi RM50,” katanya.

Pihak Raudhah Grocer memaklumkan, pembelian dalam talian di pasar raya itu sebenarnya membantu usahawan Muslim yang sedang bersusah payah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP).

Kongsinya lagi, amat besar nilai pembelian anda bukan sekadar memiliki barang, tetapi memberikan nafas perjuangan buat para usahawan yang mempunyai produk di Raudhah Grocer.

“Raudhah Grocer memulangkan semula sebahagian keuntungan kepada pengguna dan orang memerlukan secara istiqamah.

“Bukan syarikat kapitalis yang mahu kayakan diri, tetapi Raudhah Grocer merupakan projek strategik berimpak tinggi sebagai ‘lubuk produk’ di mana usahawan Muslim berjumpa dengan pengguna Muslim,” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here