Penerima BPN diminta kemaskini maklumat akaun bank

1
29317

CYBERJAYA – Individu yang memiliki rekod data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) serta telah diluluskan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) namun masih belum menerimanya boleh mengemaskini maklumat akaun bank mereka yang masih aktif.

LHDNM dalam kenyataan di sini berkata, mereka boleh berbuat demikian melalui aplikasi e-kemaskini di pautan pantas https://ez.hasil.gov.my/ci

Tambah kenyataan itu, pengemaskinian maklumat akaun bank tersebut hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 30 April ini bagi membolehkan bayaran BPN dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan pada Mei ini.

“LHDNM ingin menasihati penerima BPN untuk hanya menggunakan saluran rasmi LHDNM dalam urusan mengemaskini maklumat bank tersebut. Sila ambil perhatian bahawa LHDNM tidak akan meminta TAC bagi tujuan penyaluran BPN,” kata kenyataan itu. 

Kenyataan itu menambah, bagi penerima BPN yang tiada rekod percukaian dengan agensi tersebut,  bayaran BPN mereka akan dibuat seperti telah dimaklumkan dalam Soalan Lazim (FAQ) BPN. 

“FAQ BPN tersebut boleh dicapai di Portal Rasmi BPN atau melalui capaian pantas https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)BantuanPrihatinNasion al(Kemaskini%2006042020).pdf, “ kata kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh disalurkan kepada LHDN, melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000; HASiL Live Chat; borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; atau akaun Facebook dan Twitter rasmi LHDN. – MT

1 COMMENT

  1. Duit bpn sya tak masuk akaun. So dimana sya boleh dapatkan duit tu? Dan bagaimana caranya?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here