PKP: JPJ bantu PDRM, ATM

0
63
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membantu PDRM dan ATM dalam sekatan jalan raya sepanjang PKP ini. Ismail Sabri (kiri).

SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Sebanyak 95 notis kompaun ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan polis mulai semalam telah diserahkan kepada mereka terlibat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, individu yang menerima notis kompaun itu diberi tempoh dua minggu sebelum dihadapkan ke mahkamah jika gagal membayar.

“Mereka yang ingkar PKP akan dibawa ke balai polis sebelum diberikan kompaun dan bayaran perlu diselesaikan di Pejabat Kesihatan Daerah atau balai polis berhampiran dalam tempoh dua minggu selepas tarikh ia dikeluarkan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan 769 sekatan jalan raya di seluruh negara dan memeriksa 433,988 kenderaan.

Selain itu, katanya, sebanyak 36,980 pemeriksaan mengejut diadakan di seluruh negara dan sebanyak 5,022 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

“Dalam mesyuarat hari ini, kita bersetuju supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turun membantu PDRM dan ATM mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here