PPHL jadi pilihan petani pasarkan hasil tani

0
372

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA -Langkah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mewujudkan Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL) sebenarnya membantu peladang menyelesaikan masalah pemasaran hasil pertanian pada harga berpatutan.

Perkara itu dikongsi oleh Pengurus Besar Pertububuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Shakran Shamsudin menerusi akaun Facebook miliknya yang mana PPHL di Kuala Langat hari ini terus menyediakan perkhidmatan kutipan hasil pertanian terus dari ladang atau kampung untuk dipasarkan.

Menurutnya, lima tahun lalu ketika PPK Kuala Langat memulakan PPHL beliau tidak pernah terfikir akan berada ke tahap itu.

Jelasnya, PPHL membesar dengan semangat dan sistem yang efisien di mana seorang petani dari Terenganu dikenali sebagai Pok Munir yang tidak pernah bertemu, tetapi menerangkan konsepnya oleh seseorang bergelar Prince Azman dan menghantar hasil tani dalam plastik merah seberat 10 kilogram setiap satu dan bertulis nombor ID serta kod produk.

“Beg tersebut mengembara sejauh 600 kilometer dan tiba di PPHL yang mana hari Selasa duit bayaran produk tersebut sudah berada dalam akaun bank petani.

“Bukan hanya seorang Pok Munir, tetapi puluhan petani yang ikut serta menerima konsep itu dan mengikuti sistem yang digunakan hingga hari ini,” kongsinya lagi.

Beliau yang lebih dikenali dengan nama Mr Shark mengakui petani dan usahawan tani negara mempunyai fokus untuk pergi jauh ke depan.

“Mereka mahukan sistem yang mudah tanpa birokrasi kerana itu sebagai pasukan pengurusan PPHL pihak kami mengukuhkan sistem supaya ia kekal efisyen walaupun berkembang dengan pantas.

“Semoga PPHL terus maju dan terus inovatif pada masa hadapapan,” katanya.

Mr. Shark yang mahir dalam selok belok pertanian dan usahawan tani itu juga berpendapat tidak akan menjadi besar atau maju jika hanya bergerak bersendirian tetapi mampu bergerak lebih jauh jika mempunyai pasukan yang berkolaborasi dan maju bersama.

Menurutnya, rakan-rakan kaloborasinya telah menjadi pasukan perancang pengeluaran dan pemasaran PPHL yang masing-masing memegang prinsip sama dari petani untuk petani dan susah senang bersama.

“Konsep dan semangat ini dilatih dan diasuh dari awal penubuhan PPHL sehingga kini malah semakin tersusun,” katanya.

Sebelum ini beliau pernah berkongsi PPHL ditubuhkan sebagai pusat tambah nilai hasil pertanian melalui proses penggredan yang akan memberi keuntungan kepada pengeluar dan petani.

Antara hasil tani yang menjadi popular dan dipasarkan ke pasar raya termasuklah cili fertigasi, ‘rock melon’ timun dan halia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here