Proses bawa pulang rakyat Malaysia sedang berjalan

0
28

CYBERJAYA – Kerajaan akan terus memantau keadaan rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara dan usaha membawa balik sedang dikendalikan oleh Kementerian Luar.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ahli keluarga tidak perlu gusar kerana kerajaan sedang proses membawa pulang sedang dalam proses.

“Sebelum ini 355 rakyat kita dari Algeria dan Tunisia telah dibawa pulang dengan segala kos ditangung oleh majikan masing-masing.

“Sebanyak 285 rakyat Malaysia dari Mesir juga telah dibawa pulang. Kerajaan Arab Saudi juga tanggung penerbangan pulang 80 rakyat Malaysia.

“Sekarang 51 rakyat Malaysia di India dan Sri Langka dalam proses bawa pulang, termasuk 352 yang terkandar di Turki,” katannya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri mengulangi permintaan agar, pelajar Malaysia di luar negara yang mempunyai segala kemudahan agar kekal di lokasi masing-masing.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here