Rezeki buat petugas barisan hadapan

0
266

SHAH ALAM – Bekerja di barisan hadapan bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sahaja memerlukan komitmen yang tinggi malahan stamina perlu berada di tahap terbaik.

Menurut Penasihat NGO 99 Kebajikan Insan Selangor (Kesan), Datuk Nor Shabudin Monil, bagi memastikan wira yang berada di barisan hadapan kekal bertenaga pihaknya mengusahakan minuman bertenaga untuk mereka.

“Hari ini kita sampaikan minuman tenaga sumbangan Ismail Ahmad dari HPA International untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebanyak 1,000 tin kita agihkan.

“Kita juga akan menyampaikan sebanyak 2,600 tin ke lain-lain anggota barisan hadapan seperti hospital, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan minuman tenaga sumbangan HPA International di Ibu pejabat Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 9 di sini semalam.

Yang hadir sama ialah Pengerusi 99 Kesan, Muhd.Ali Zakariah dan wakil IPD Shah Alam.

Nor Shabudin berkata, sumbangan minuman bertenaga bernilai RM10,000 tersebut membuktikan komitmen syarikat korporat milik umat Islam membantu masyarakat.

“Setakat ini kita mendapat kerjasama pelbagai pihak seperti syarikat korporat, pertubuhan bukan kerajaan untuk menjayakan program kebajikan itu. Rakyat Malaysia memang prihatin,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here