Salah salur bantuan ke kampung

0
44

MESIR – Ikon bola sepak Mesir, Mohamed Salah menderma beribu tan makanan dan daging segar di tempat asalnya di Nagrig, Bassioun bagi membantu keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Bapanya, Salah Ghaly berkata, anak lelakinya itu berharap penduduk kampung kekal sihat dan berada dalam keadaan selamat.

Salah juga menggesa penduduk agak tidak menghadiri perhimpunan besar serta mengikut segala arahan kesihatan berkaitan pandemik itu.

Kata Ghaly, dua anak lembu juga akan disembelih dan kemudian dagingnya diagihkan kepada penduduk kampung serta kawasan sekitarnya.

Jelas Ghaly, yayasan amal Salah akan terus membantu menghulurkan bantuan kewangan serta barangan asas kepada majoriti keluarga di kampung itu.

Dilahirkan di Bassioun, Salah sebelum ini sering menderma untuk pembangunan projek di kampungnya itu.

Pada Disember 2018, Salah menderma untuk membangunkan sebuah Hospital di Bassioun. Bersama bapanya, Salah juga mendermakan lima ekar tanah untuk mendirikan loji rawatan kumbahan bagi membolehkan penduduk kampungnya menerima sumber air yang bersih.

Pada Ogos tahun lalu, Salah mendermakan AS$3 juta (RM13 juta) kepada Institut Kanser Kebangsaan Mesir (NCI) bagi membangunkan kembali fasiliti bangunan itu selepas diserang pengganas.

United Nations (UN) pada Februari lalu memilih Salah seagai duta pertama Instant Network Schools, iaitu program bagi membantu pelarian peluang mendapatkan pelajaran berkualiti secara dalam talian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here