‘Tak sangka ‘Surface Wipe’ dapat permintaan luar biasa’

0
139

Oleh: NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Beberapa jenama di bawah Gramp’s Asia bukanlah satu produk dikeluarkan disebabkan pandemik yang berlaku tetapi tersenarai sebagai produk mendapat pilihan pelanggan hari ini.

Demikian perkongsian Pengurus Pemasaran dan Komunikasinya, Eza Feizaty Nor Rezan yang berterima kasih kepada pengurusan Malakat Mall kerana menyenaraikan rangkaian produk Gramp’s Asia di dalam Raudah Grocer.

Menurutnya, penjualan produk Gramp’s Asia di Malakat Mall mendapat sambutan yang menggalakkan di pusat beli belah Muslim pertama itu.

“Ia merupakan ‘retail’ terbaharu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kami amat bertuah kerana telah pun menubuhkan peniagaan dalam talian menerusi laman web kami juga,” katanya.

Mengulas mengenai produk jenama itu, pihaknya tidak menyangka ‘surface wipe’ dibawah Gramp’s Asia  yang dikeluarkan sejak tahun 2016 lagi kini disifatkan ‘laku keras’ pada musim PKP.

Beliau mengakui produknya bukanlah merupakan antara produk terlaris  sebelum ini, tetapi apabila berlakunya penularan penyakit Influenza serta pandemik Covid-19 itu secara tiba-tiba menjadi satu produk yang dicari pengguna.

“Ramai mengetahui kehebatan produk ini selain ia merupakan satu-satunya produk yang diperbuat daripada 100 peratus bahan semulajadi dan selamat digunakan oleh semua lapisan masyarakat.

“Bagaimanapun, peningkatan pengeluaran serta penjualan “surface wipe” telah melonjak dua kali ganda daripada sebelum ini apabila masyarakat mulai sedar akan pentingnya menjaga kebersihan, kesihatan serta penggunaan bahan pencuci yang dapat membasmi kuman dan bakteria,” katanya.

Ezy Feizaty berkata, secara jujurnya buat masa ini pihaknya masih mampu mengeluarkan produk mengikut permintaan pasaran tempatan walaupun pihaknya juga turut tidak terkecuali daripada menghadapi kesulitan apabila rantaian bekalan menghadapi kesukaran disebabkan kebanyakan industri yang bukan ‘essential’ tidak dibenarkan beroperasi.

Pengurus Pemasaran dan Komunikasinya, Eza Feizaty Nor Reza

“Sebagai contoh, kami mempunyai kesulitan apabila pembekal botol tidak dapat membekalkan kuantiti botol yang diperlukan disebabkan kekurangan bekalan botol susulan daripada industri pembuatan botol di China tidak beroperasi untuk satu jangka waktu yang lama melanda negata mereka.

“Syukur Alhamdulillah, situasi ini semakin pulih tetapi tidak sepenuhnya disebabkan permintaan terlalu tinggi bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here