Tambahan 13 hospital di Sarawak buat saringan Covid-19

0
40
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Sarawak kini mempunyai 18 buah hospital saringan Covid-19 yang meningkat sebanyak 72 peratus berbanding lima buah pada fasa gelombang pertama wabak tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat empat buah
hospital yang telah dikenal pasti sebagai pusat rawatan Covid-19 iaitu Hospital Umum Sarawak, Hospotal Miri, Hospital Bintulu dan Hospital Sibu.

Katanya, kesemua hospital tersebut mempunyai 736 katil yang dikhaskan bagi Covid-19.

Menurutnya, kesemua hospital tersebut turut dilengkapi dengan 63 katil rawatan
kritikal dan 112 mesin bantuan pernafasan (ventilator).

“Selain daripada itu, terdapat lima buah fasiliti yang telah dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai pusat kuarantin dan rawatan risiko rendah dengan kapasiti 901 buah katil.

“Kini terdapat empat buah makmal yang boleh menjalankan ujian pengesahan Covid-19 iaitu di Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu, Hospital Miri, dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas),” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, secara keseluruhannya, jumlah ujian pengesahan yang dapat
dijalankan di empat makmal ini adalah 898 ujian dan akan dipertingkatkan ke 1,040 ujian sehari.

Katanya, Hospital Umum Sarawak bakal mendapat sebuah mesin Lab Turbo yang dijangka beroperasi pada awal Mei ini dengan boleh menjalankan 200 ujian sehari.

Menurutnya, Hospital Bintulu dijangka menjalankan ujian mulai pertengahan Mei dengan kapasiti 30-40 ujian sehari.

“Sekiranya ada keperluan, KKM akan menghantar sampel ke makmal hospital di Semenanjung Malaysia atau ke makmal makmal swasta sebagai salah satu perancangan peningkatan kapasiti makmal jangka masa pendek,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here