Tiada kertas siasatan dibuka terhadap Ustaz Ebit Lew

0
76

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan, telah memberi kebenaran kepada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew untuk menyampaikan sumbangan kebajikan kepada mereka yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, PDRM tidak pernah menghalang beliau untuk berbuat demikian selagi Ustaz Ebit mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Setakat ini tiada kertas siasatan dibuka keatas beliau. Walau bagaimanapun, PDRM ingin menegaskan bahawa tiada sesiapa yang boleh dikecualikan dari tindakan undang-undang keatas sebarang pelanggaran yang berkaitan pelaksanaan PKP, “ katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Huzir menambah, dalam melaksanakan apa jua aktiviti orang ramai adalah dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan penjarakan sosial, penggunaan topeng muka dan pencuci tangan.

Dalam pada itu beliau berkata, tujuan polis memanggil Ustaz Ebit semalam adalah berkaitan reaksi orang ramai berkenaan tindakannnya memaparkan aktiviti kebajikan yang dilakukan sepanjang PKP di dalam media sosial dan media massa..

Menurut Huzir, berdasarkan pemerhatian ramai dalam kalangan masyarakat memberi reaksi positif dan menyokong aktiviti kebajikan yang dilaksanakan.

“Namun terdapat juga sebahagian yang dilihat kurang senang dengan tindakan beliau mempamerkan aktiviti tersebut di media sosial kerana dilihat seperti menunjuk-nunjuk,.

“Kontroversi yang tercetus berkaitan perkara itu telah memaksa pihak polis mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan masyarakat kekal terpelihara,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here