Tiada penangguhan pembayaran balik ansuran LPPSA

0
43

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

Putrajaya –Lembaga Pembiayaan Perahan Sektor Awam (LPPSA) memutuskan untuk tidak memberi penangguhan atau moratorium pembayaran balik ansuran bulanan kerana yakin kebajikan
penjawat awam cukup terjaga dan tiada keperluan buat masa ini.

Menurut kenyataan itu, kerajaan menyediakan kemudahan pambiayaan perumahan LPPSA yang disubsidikan pada kadar faedah empat peratus.

“Pembiayaan perumahan yang diberikan LPPSA itu adalah lebih rendah berbanding kos dana yang diperoleh oleh LPPSA melalui terbitan sukuk pada kadar antara 4.5 peratus hingga lima peratus.

“Sebarang moratorium atau penangguhan kepada bayaran ansuran bayaran pembiayaan akan memberi kesan kepada aliran wang tunai pihak LPPSA dan melibatkan pinjaman tambahan melebihi RM2 billion,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LPPSA berkata demikian setelah menerima pertanyaan daripada pelbagai pihak berkenaan kemungkinan penangguhan atau moratorium boleh diberikan kepada bayaran ansuran bulanan pembiayaan perumahan LPPSA.

Katanya lagi, LPPSA bertanggungjawab memastikan kelangsungan dan sumber kewangannya kekal utuh demi memastikan manfaat pembiayaan perumahan dapat terus disediakan kepada penjawat awam yang sedia ada dan akan datang.

“Secara asasnya, penjawat awam dan pesara kerajaan masih tetap menerima gaji penuh dan pencan bagi manampung perbelanjaan bulanan termasuk kewajipan
bayaran balik pembiayaan perumahan LPPSA.

“Kebajikan penjawat awam di bawah pakej rangsangan PRIHATIN tetap menjadi salah
satu keutamaan kerajaan melalui pemberian bantuan tunai seperti bayaran RM500 secara ‘one off’ kepada lebih 1.6 juta penjawat awam bagi gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan kontrak serta lebih 850,000 pesara kerajaan bermula bulan ini,” katanya.

Dalam pada itu, bagi penjawat awam dalam golongan B40 dan M40 bantuan juga disediakan melalui Bantuan Prihatin Nasional (BPN) di antara RM500 hingga RM1,600 yang akan dibayar pada bulan April dan Mei 2020.

Manakala baki bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibayar paada bulan Julai 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here