Tidak layak? Sila berlapang dada…

0
110

APA Khabar Orang Kita…Sudahkah anda semua membuat semakan untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN)? Tahniah kepada yang lulus dan bagi yang tidak lulus anda masih berpeluang membuat rayuan.

Penulis percaya, masih ramai yang belum membuat semakan kerana sejak 1 April lalu, laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) agak sukar untuk diakses disebabkan aliran trafik yang sangat tinggi.

Bayangkan semua yang merasakan dirinya layak membuat semakan pada waktu yang sama, bagi yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) mereka secara automatik mendapat manfaat bantuan tersebut.

Namun, berdasarkan pemerhatian dalam laman-laman sosial, ramai juga penerima BSH mengeluh kerana tidak mendapat jumlah bantuan yang difikirkan layak, mungkin juga ada ada kesilapan tertentu.

Bagi yang membuat semakan dan keputusannya tidak lulus, anda masih berpeluang untuk membuat rayuan dengan LHDN selain membuat semakan dan kemaskini maklumat terkini pemohon.

Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak lulus kerana kerana melepasi syarat minimum iaitu pendapatan isi rumah yang lebih RM8,000, anda dinasihatkan berlapang dada dan menerima segala keputusan.

Mengapa?, mungkin ada dalam kalangan penerima yang lain yang betul-betul memerlukan bantuan tersebut dan mereka juga layak berdasarkan syarat-syarat yang telah digariskan oleh kerajaan.

Bagi yang menerima bantuan ini, manfaatkanlah segala bantuan yang diterima sebaik mungkin. Dalam keadaan negara yang berdepan wabak Covid-19 ini, kita bakal berdepan segala macam kemungkinan.

Sila amalkan konsep berjimat cermat dan membeli barangan keperluan yang perlu sahaja, jangan pula duit bantuan itu digunakan untuk perkara yang tidak berfaedah sehingga merugikan diri sendiri.

Tidak kira yang berkeluarga atau masih bujang, selepas mendapat bantuan, sila bersyukur dengan segala bantuan yang diterima, ingatlah masih ramai yang mungkin layak tetapi tidak mendapat bantuan.

Kenapa anda diminta memanfaatkan bantuan sebaik mungkin? Ini kerana berita kes Covid-19 yang dijangkakan naik mendadak pada pertengahan April pastinya membawa kegusaran ramai pihak.

Oleh itu, kita semua perlu berwaspada dengan segala kemungkinan kerana pasca kuarantin juga menimbulkan isu lain seperti kewangan.

Tekanan ekonomi adalah serius bagi yang berkemungkinan kehilangan pekerjaan atau sumber pendapatan. Individu rasa bimbang dan marah kerana khuatir berapa lama mereka boleh bertahan jika status kewangan berada pada tahap rendah.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here