Tindakan tegas halang tugas penjawat awam

0
51

CYBERJAYA- Mana-mana individu yang enggan memberikan kerjasama kepada petugas kesihatan akan berdepan tindakan tegas kerana menghalang tugas penjawat awam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan dikenakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Beliau berkata, langkah berkenaan diambil kerana susulan isu keengganan individu tertentu memberikan kerjasama kepada petugas kesihatan seperti yang timbul semalam.

“Mesyuarat memutuskan tindakan tegas akan diambil kepada mereka iaitu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

“Menghalang tugas bukan saja kepada pegawai polis, tetapi kepada sesiapa sahaja penjawat awam yang menghalang operasi kita untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini,” katanya dalam siang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurut Ismail Sabri, mengikut seksyen berkenaan mereka boleh dihukum penjara maksimum dua tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here