Usahawan bazar raya terus sokong perjuangan ekonomi Muslim

0
128

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Walaupun terpaksa berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak mematahkan semangat Pemilik Galeria Cik Merah, Marina Mohamad Pazir untuk terus menyokong perjuangan ekonomi Muslim.

Dia yang membuka reruai menjual pelbagai jenis aksesori wanita dan tudung di Bazar Raya, Malakat Mall sebelum ini masih tekad untuk terus berniaga selepas PKP ditamatkan.

Menurutnya, sambutan untuk tempoh empat hari di Malakat Mall sebelum ini sangat memberangsangkan.

“Selepas menerima arahan PKP saya sangat terkejut dan sedih kerana kedai kami terpaksa ditutup namun terus menyokong pusat beli belah Muslim itu.

Pengusaha Galeria Cik Merah, Marina Mohamad Pazir

“Saya cuba untuk terus berniaga dalam Malakat Mall selepas PKP nanti. Perjalanan masih jauh untuk sesama Muslim bangkit berniaga,” katanya.

Berkongsi cerita mengenai jualannya, dia mengakui sambutan tidak sama seperti Ramadan yang lepas kerana pada kebiasaannya dia memang berniaga dalam bazar dan ‘offline’.

“Produk pula masih mempunyai permintaan dan tempahan cuma tak sebanyak berniaga dalam bazar, situasi pun terhad.

“Buat masa ini saya belum membuat pembelian stok barang baharu sekadar menjual stok yang ada di tangan. Ramai pembekal juga tak dapat bekalkan disebabkan PKP ini,” katanya.

Mengulas mengenai sekiranya terdapat cadangan wujudnya satu sistem seperti Raudhah Grocer yang dapat mempromosikan pelbagai barangan bazar raya di sepanjang Ramadan dia sangat bersetuju.

Katanya cadangan itu amat baik kerana mengakui medium promosi Malakat Mall sangat luas.

“Saya harap sangat ada dan peniaga-peniaga seperti kami dapat manfaat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here