57 atlet dibenarkan buat persiapan dan latihan

0
37

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju memberi kelonggaran khas yang melibatkan 265 individu termasuk 57 atlet bagi persiapan dan sesi latihan untuk Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik di Tokyo, Jepun.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sesi latihan akan dijalankan di tiga Kem Latihan Berpusat yang ditetapkan iaitu Kompleks Sukan Bukit Jalil melibatkan 181 individu, 56 di Akademi Badminton Malaysia dan 28 di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi.
 
“Kem Latihan Berpusat akan bermula pada 1 sehingga 30 Jun ini sebagai fasa pertama yang mana saringan Covid-19 akan dilakukan sewaktu pendaftaran.
 
“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menggunakan pendekatan kuarantin selama 30 hari ini bersamaan dua kali tempoh inkubasi,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Jelasnya, individu yang terlibat tidak akan dibenarkan keluar Kem Latihan Berpusat sehingga latihan tamat.

“Sebelum tamat tempoh latihan, mereka juga akan dikenakan saringan Covid-19.
 
“Satu jawatankuasa pemantauan yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan akan memastikan pelaksanaan Program Kem Latihan Berpusat ini dijalankan mengikut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here