Beli di kedai Muslim Pasca Covid-19

0
121

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam Malaysia (Pembela) menyeru umat Islam supaya membeli barangan harian di kedai milik orang Islam sebagai usaha meningkatkan ekonomi pasca Covid-19.

Ketua Prasarana Kempen BMF Pembela, Mohd. Nor Izzat Mohd Johari berkata, terdapat dua manfaat berbelanja di kedai milik orang Islam iaitu peningkatan zakat perniagaan daripada pemilik kedai dan pemilik produk Muslim.

“Apabila disebut zakat perniagaan, akan melibatkan faktor peluang pekerjaan, pemasaran produk lebih baik dan paling penting umat Islam dapat membeli dan menggunakan produk Muslim,” katanya.

Melalui satu hantaran dalam laman Facebook peribadinya hari ini, Mohd. Nor Izzat berkata, dalam merealisasikan usaha tersebut, umat Islam perlu fokus membeli di kedai atau pasar raya milik Muslim sahaja.

” Tidak mengapa walaupun kedai yang dimiliki Muslim masih tidak punya banyak barangan Muslim namun paling penting ia dimiliki Muslim.

” Belilah apa juga produk, walaupun bukan keluaran Muslim, tetapi dijual di kedai atau pasar raya milik Muslim,” katanya.

Pada masa sama katanya, pembeli boleh membeli tanpa ragu-ragu dan merupakan satu bonus jika kedai dimiliki orang Muslim yang sudah berjaya dan menjual 100 peratus produk Muslim.

Mohd Nor Izzat tidak menafikan terdapat barangan di kedai-kedai Muslim dijual dengan harga yang sedikit tinggi berbanding kedai lain.

“Harga mahal adalah berkait rapat dengan jumlah tempahan dan jumlah order sesuatu produk.

Di sini, kita mengharapkan pemilik-pemilik produk untuk tidak mengambil kesempatan atau mempergunakan kempen BMF untuk melariskan produk semata-mata,” katanya.

Sementara itu Mohd Nor Izzat berkata jika di satu-satu kawasan ada kedai bukan Islam dan kedai acheh, adalah lebih baik untuk berbelanja di kedai Acheh.

” Mereka juga Islam walaupun ada desas- desus mengatakan mereka ini diperguna, itulah kita sebut keutamaan kecuali sudah tiada pilihan,” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here