Covid-19 : Mekah dibuka semula 31 Mei ini

0
184

CYBERJAYA – Arab Saudi mengumumkan melonggarkan sekatan berikutan penularan Covid-19 dan membolehkan penduduknya kembali kepada kehidupan biasa.

Memetik laporan Agensi seperti dipetik Berita Harian berkata, kelonggaran tersebut dilakukan secara
dua fasa yang membabitkan kota suci Mekah.

Kementerian Dalam Negeri berkata, fasa pertama akan bermula 31 Mei ini dan prosedur keluar masuk ke Mekah dibenarkan dari pukul 6 pagi hingga 3 petang.

Manakala solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjidil Haram akan diteruskan dengan mengikut langkah keselamatan sedia ada.

Bagi fasa kedua pula ia akan bermula pada 21 Jun di mana penduduk di Mekah akan dibenarkan berada di tempat awam sekitar 6 pagi hingga 8 malam.

Bagaimanapun perniagaan seperti kafe dan kedai gunting rambut masih ditutup, manakala majlis perkahwinan serta pengebumian hanya boleh dihadiri maksimum 50 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here