Covid-19 tidak akan hilang – WHO

0
84

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa Covid-19 tidak akan hilang dan harus belajar hidup dengannya.

Memetik laporan Berita Harian seperti dilaporkan AFP, Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan berkata, virus yang kini menyerang populasi manusia itu adalah sukar untuk diramalkan untuk diatasi.

“Virus ini mungkin menjadi virus endemik lain di kalangan penduduk dunia ketika ini dan virus ini mungkin tidak akan pernah hilang.

“Seperti jangkitan HIV tidak hilang – tetapi kita telah mengatasi virus ini,” katanya dalam sidang akhbar di Geneva.

Sementara itu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, tiada jaminan bagi kebanyakan negara yang mula melonggarkan sekatan perintah berkurung tidak akan mencetuskan gelombang jangkitan kedua.

“Banyak negara ingin keluar daripada pandemik Covid-19 dengan cara yang berbeza.

“Jadi kita mencadangkan supaya setiap negara sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga,” kata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here