Covid-19: Tiga hari tiada kematian dilaporkan

0
41
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, terdapat 67 kes baharu dilaporkan dengan 49 kes adalah dalan kalangan bukan warganegara Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 6,656 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,523 kes, telah diasingkan serta diberi rawatan.

Menurutnya, sehingga kini, seramai 18 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, enam kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini dan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 108 kes (1.62 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

“KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat 96 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj
pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 5,025 kes (75.5 peratus daripada jumlah keseluruhankes),” katanya ketika sidang akhbar, petang tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here