[GALERI] Sekitar Program Zero Hunger di Terengganu.

0
65

KUALA TERENGGANU – Sumbangan kepada golongan yang memerlukan melalui Program Zero Hunger telah diperluaskan ke Terengganu pada Ahad dan Isnin lalu dengan 1,065 pek barangan makanan telah diagihkan.

Sumbangan berupa beras, gula, tepung, minyak masak dan juga gula itu diagihkan menerusi konvoi 19 kenderaan pacuan empat roda bersama 44 orang sukarelawan Brainy Ranger Emergency Response Team (BERT).

Konvoi bertolak ke Terengganu pada pukul 8 pagi itu dan misi di negeri berkenaan melibatkan tujuh lokasi agihan iaitu di Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

Selain tujuh lokasi itu, Zero Hunger turut menghantar bekalan makanan di Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Terengganu dan pusat Fisabilillah TRG untuk diagihkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here