Gunakan Hotspot Tracker kenal pasti kawasan Covid-19

0
87

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Orang ramai disaran menggunakan fungsi Hotspot Tracker yang boleh diakses melalui aplikasi MySejahtera bagi membantu mereka mengenal pasti kawasan berisiko Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, fungsi Hotspot Trecker mampu mengesan kes bagi wabak itu dalam tempoh 28 hari.

“Bagi membantu rakyat Malaysia menyesuaikan diri dengan aktiviti harian, merancang perjalanan, dan mengenal pasti kawasan berisiko di mana kes Covid-19 dilaporkan, orang awam boleh menggunakan fungsi ‘Hotspot Tracker’ melalui aplikasi MySejahtera.

“Fungsi ini dapat membantu rakyat mengenal pasti sekiranya terdapat kes-kes yang dilaporkan dalam lingkungan satu kilometer dari kawasan yang dicari sepanjang tempoh 28 hari, “katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Pada masa sama beliau menyarankan masyarakat supaya mengelakkan perjalanan tidak perlu ke kawasan yang mempunyai risiko jangkitan Covid -19.

“Fungsi ini boleh dijadikan panduan kepada setiap pengguna dalam membuat keputusan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

“Ini sejajar dengan pemerkasaan diri individu dan rakyat Malaysia dalam membiasakan diri dengan norma dan kelaziman baharu kehidupan seharian,” katanya.

Selain itu Dr. Noor Hisham turut mengingatkan supaya masyarakat menjaga jaga diri, keluarga dan komuniti sekeliling untuk bebas Covid -19.

“Bagi yang belum memuat turun aplikasi MySejahtera, bolehlah berbuat demikian untuk menggunakan fungsi penting termasuk penilaian kendiri kesihatan dan juga maklumat terkini daripada CPRC KKM,” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here