Jom sambut Aidilfitri di Malakat Mall

0
113

RAUDHAH CITY – Pening kepala mahu mencari daging dan barangan basah segar untuk menyambut Aidilfitri nanti? Jangan bimbang pasar raya Raudhah Grocer di Malakat Mall ada segalanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, pihaknya sentiasa menambah bekalan barangan basah bagi memastikan para pelanggan menyediakan keperluan raya nanti.

Menurut beliau, sebagai contoh, daging lembu antara barangan yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pelanggan setiap kali berkunjung ke pasar raya itu.

“Raudhah Grocer sentiasa menambah stok daging lembu segar secara harian yang tiada di pasar raya lain. Daging segar antara produk barangan basah yang sentiasa mendapat sambutan.

“Selain itu terdapat juga barangan lain seperti biskut raya dan kerepek serta produk lain untuk keperluan raya yang terdapat dalam Raudhah Grocer. 

“Kiranya pelanggan tidak perlu pening kepala mencari barangan tersebut untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga,” katanya ketika ditemui di sini. 

Mengenai operasi Malakat Mall pada Hari Raya Aidilfitri, Mohd. Fadzil memberitahu, pihaknya akan menutup pusat beli belah itu selama dua hari dan kembali beroperasi pada hari raya ketiga.

Beliau berkata, ini kerana pada Aidilfitri pertama dan kedua, orang ramai menyambut Hari Lebaran di rumah selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti ditetapkan oleh kerajaan.

Menurutnya, pada Hari Raya Aidilfitri ketiga operasi kembali seperti biasa dan pihaknya menjemput orang ramai menyambut Aidilfitri di Malakat Mall.

“Jadi sebab itu kita mengambil kesempatan mengajak umat Islam beraya di Malakat Mall memandangkan tidak dapat pulang berhari raya di kampung halaman.

“Kalau tak boleh beraya jauh-jauh. Boleh datang ke sini. Kita sediakan ruang untuk menjaga penjarakan sosial. 

“Malah kita benarkan pelanggan untuk menempah meja makan di Banch-Oh dalam waktu-waktu tertentu supaya boleh meneruskan hubungan silaturahim,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here