‘Korbankan’ raya demi masa depan

0
30

HANYA beberapa hari sahaja lagi, kita akan menyambut Aidilfitri.

Memang raya tahun ini lain dari yang lain, apa yang selama ini biasa, sudah menjadi tidak biasa lagi.

Bermaaf-maafan, masih boleh tapi bersalaman dengan tetamu, tengok dululah. Bukan nak berkurang ajar, tapi mengelakkan sentuhan fizikal dengan orang lain.

Kunjung mengunjung? Elok ditiadakan sementara ini, kurangkan pendedahan diri kepada elemen yang kita tak dapat jangka. Sebagai ganti, buatlah panggilan video sebagai pengganti diri.

Pada pagi Aidilfitri nanti, tiada lagi solat sunat Eid di masjid dan surau, hanya di rumah bersama keluarga. Bagi para bapa, mungkin sudah ada yang tak keruan mengenangkan terpaksa menjadi khatib pula nanti.

Bro, jangan terlalu risau, teks khutbah ada disediakan oleh jabatan agama mengikut negeri masing-masing, hanya perlu muat turun sahaja dari laman web.

Dan bagi yang mengalami sindrom ‘panggilan kampung’ yang melampau, bertahanlah, kerana anda tidak keseorangan. Masih ramai lagi perantau yang senasib dengan anda.

Suka atau tidak, terpaksa telan dan terus bertahan, korbankan balik kampung demi menjaga keselamatan kesayangan kita. Ingat, Covid-19 tidak mengenal mangsa.

Tak adil bagi Cakcibor untuk mengatakan semua ini ini mudah untuk dilakukan. Apa yang Cakcibor pasti, ini semua merupakan satu pengorbanan yang nak tak nak, kita kena lakukan, demi mengurangkan perebakan Covid-19.

Sendiri mau ingatlah…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here