Kumpulan OTAi sokong perjuangan Malakat Mall lahirkan usahawan Islam

0
4737
Kumpulan OTAi melawat Malakat Mall

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Pengasas Kumpulan Syarikat OTAi, Dr. Suhaimi Abas berkata, beliau bangga melihat pelbagai pihak dapat melahirkan lebih ramai usahawan muda yang mempunyai minat mempelajari ilmu perniagaan Islam dan merasai realiti perniagaan sebenar.

Beliau yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam dunia perniagaan burger itu sentiasa memastikan mereka dapat belajar kaedah dan teknik yang betul dalam dunia perniagaan bagi menjamin sebuah ekonomi Islam yang terbaik.

“Lawatan hari ini bertujuan untuk melihat peluang-peluang perniagaan yang boleh kita bantu.

“Kita mempunyai pelbagai kepakaran dalam pembangunan usahawan namun akan berbincang dahulu kerana kita turut membina modul usahawan Islam,” katanya yang mengadakan lawatan ke Brainy Bunch, Raudhah Ville dan Malakat Mall hari ini.

Suhaimi berkata, perjuangan Pengasas Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim juga sama dengan mereka dan apa yang boleh dibantu, Syarikat OTAi dapat pahala, mereka bantu.

Katanya lagi, jualan burger sebenarnya hanyalah batu loncatan untuk melahirkan usahawan mengenal bagaimana hendak menguruskan perniagaan.

“Usahawan-usahawan ini nanti akan dilatih ke peringkat seterusnya dan itu yang menjadikan seorang usahawan kita mempunyai empat ke lima perniagaan lain seorang.

“Perancangan jangka masa panjang pula kita akan membuka taska seperti konsep yang dijalankan oleh Brainy Bunch dengan perancangan bermula dari pendidikan sekolah rendah hingga lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya nanti boleh terlibat dalam perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Fadzil Hashim turut membawa kira-kira 30 tetamu dari Kumpulan Syarikat OTAi menikmati hidangan dari Restoran Bunch-Oh di Malakat Mall selain melawat ke premis-premis perniagaan di dalam pusat beli belah itu. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here