Lebih banyak kapasiti rawat Covid-19

0
63

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Hospital-hospital Kementerian Kesihatan (KKM) kini mempunyai lebih banyak kapasiti untuk merawat pesakit Covid-19, susulan lengkung yang telah diratakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kadar keseluruhan bagi penggunaan katil di 40 buah hospital yang dikhususkan untuk perawatan Covid-19 dan 26 pusat rawatan Covid-19 berisiko rendah adalah 17 peratus.

“Kadar penggunaan bagi katil Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dikhususkan untuk pesakit disyaki dan disahkan positif Covid-19 adalah tujuh peratus iaitu 31 buah daripada jumlah 422 buah katil,” katanya.

Selain itu menurut Dr. Noor Hisham, penggunaan alat bantuan pernafasan pula adalah hanya satu peratus iaitu 12 buah daripada jumlah 1,059 buah alat bantuan pernafasan.

Beliau bagaimanapun mengingatkan rakyat Malaysia bahawa pandemik Covid-19 ini masih belum berakhir.

“Secara global, sebanyak 187 buah
negara telah terkesan dengan jumlah kes positif kini mencecah 3,343,777 dengan 238,650 kematian.

“Risiko penularan secara mendadak di negara kita masih wujud sekiranya kita lalai dan alpa dalam mengamalkan norma baharu kehidupan seharian,” tegasnya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here