‘Memberi’ itu, ‘menggembirakan’

0
64
Imej pegun dari video raya Menyulam Budi yang dihasilkan oleh Digi.

TIAP kali musim raya, Cakcibor antara rakyat Malaysia yang amat menantikan video-video raya yang dihasilkan oleh warga korporat dan orang perseorangan.

Walaupun musim raya tahun ini kurang meriah disebabkan pandemik Covid-19, sekurang-kurangnya video raya sebegini dapat menaikkan sedikit mood raya tu.

Banyak-banyak iklan Cakcibor tengok di media sosial, ada satu yang Cakcibor rasa, cukup segala rempah perisanya.

Jalan ceritanya mudah sahaja, mengenai seorang gadis kurang upaya yang mengambil inisiatif menjahit pakaian perlindungan PPE buat petugas kesihatan dalam menghadapi pandemik ini.

Video ini memang simple yang amat. Namun mesejnya amat besar.

Individu dalam video tersebut, Norfarrah Syahirah Shaari dari Teluk Intan, Perak, dilahirkan tanpa tangan, namun kekurangan ini bukanlah satu halangan besar buat dia untuk menyumbang tenaganya.

Cakcibor kagum dengan insan yang punya semangat sebegini. Sanggup ketepikan kemahuan sendiri demi kebaikan semua. Pengorbanan mereka besar nilainya.

Pada mereka, ‘memberi’ itu menggembirakan.

Tak banyak, sedikit pun ok lah. Bak kata orang putih, ‘sharing is caring’.

Tak kira musim Covid-19 atau tidak, orang Malaysia memang pemurah. Memberi itu, banyak hikmah dan natijahnya.

Kita bawa kegembiraan pada yang kurang mampu. Kita kongsi keberadaan kita dengan mereka yang memerlukan.

Berbalik pada video raya tadi, moga-moga lebih banyak entiti dan orang perseorangan menghasilkan karya yang menonjolkan kebaikan dan kebersamaan Malaysia.

Contohi benda baik supaya kita dapat menjadi rakyat yang berguna pada agama, bangsa dan negara.

Sendiri mau ingatlah…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here