PATI di PKPD Jalan Othman digempur

0
207
Tentera berkawal di PKPD Jalan Othman

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen hari ini menyerbu sekitar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar Pasar Jalan Othman bagi mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Memetik laporan Harian Metro, difahamkan kawasan itu dibanjiri warga asing daripada beberapa negara seperti Pakistan, Bangladesh dan India.

Serbuan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dijalankan bermula pukul 9 pagi tadi dan dijangka berakhir tengah hari ini.

Operasi mengesan PATI itu dilaksanakan berikutan keseluruhan kawasan yang digempur dipasang kawat duri berikutan perintah PKPD.

Turut kelihatan ialah Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud dan Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi di lokasi serbuan.

Khairul Dzaimee ketika dihubungi mengesahkan berhubung operasi yang dijalankan.

Warga asing yang ditahan akan disiasat mengikut Peraturan dan Akta Imigresen 1959/1963.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here