Penangan Laksa Pujangga Fedtri Yahya

0
95

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Sejak negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19, ramai terkesan dengan pekerjaan masing-masing.

Bagi meneruskan tuntutan hidup, ramai menjadikan bidang perniagaan terutamanya penjualan makanan sebagai alternatif memperoleh pendapatan sampingan.

Lihat sahajalah dalam media sosial, memang meriah dengan pelbagai jualan dari makanan sehinggalah keperluan harian.

Begitu juga bagi mereka yang sudah lama menceburi bidang perniagaan makanan, di musim PKP perniagaan dijalankan semakin rancak sehingga ada memperoleh keuntungan lebih daripada biasa.

Golongan selebriti tidak ketinggalan mempromosikan perniagaan masing-masing, sebagai contoh pengacara popular, Fedtri Yahya dengan Laksa Pujangga yang mendapat sambutan orang ramai di Lembah Klang.

Menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya, Fedtri mengakui pada musim PKP ini agar sukar mendapatkan ikan segar menyebabkan laksa dihasilkan adalah terhad walaupun menerima permintaan tinggi.

“Musim PKP ini ikan sangat terhad. Tak dapat buat banyak. Siapa cepat dia dapat. Isnin ke Putrajaya dan Cyberjaya,” katanya menerusi hantaran Facebook miliknya.

Walaupun hanya dijual kawasan tertentu sekitar Lembah Klang, namun ramai warga maya yang meminta dalam ruangan komen agar pasaran laksa itu diperluaskan di beberapa kawasan lain.

Melihatkan gambar-gambar laksa yang dimuatnaik, penulis sendiri sudah terpikat dan mahu mencuba laksa itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here