PKP bantu kerajaan ratakan lengkung Covid-19

0
40

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah membantu usaha Kerajaan dalam meratakan lengkung jangkitan Covid-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, PKP telah membolehkan pelaksanaan aktiviti pendekatan tertumpu untuk mengesan, menyaring, menguji, mengasingkan dan merawat kes-kes Covid-19 dalam kalangan masyarakat.

“Keberkesanan kaedah ini terbukti apabila statistik daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 11 lokaliti yang berisiko tinggi apabila sebanyak 607 kes positif Covid-19 dikesan daripada 29,067 kes telah disaring,”katanya dalam sidang akhbar harian perkembangan Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Selain itu katanya, pengesanan kluster perhimpunan di Seri Petaling pula berjaya mengesan sebanyak 2,220 kes positif Covid-19 daripada 34,503 kes yang telah disampel.

“Pengesanan pelajar dan kakitangan madrasah serta tahfiz berkaitan perhimpunan di Seri Petaling pula merekodkan 378 kes positif Covid -19 dikesan daripada 8,030 kes yang telah disampel, “katanya.

Tambah beliau, penyaringan serta penempatan di pusat kuarantin bagi semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara sejak 3 April lalu pula mengesan 274 kes positif Covid-19 daripada 26,169 orang yang telah dikuarantin.

Dr. Noor Hisham berkata, pencapaian ini hasil kerjasama daripada pelbagai agensi dan orang ramai.- MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here