PKPB berdasarkan kepentingan kesihatan, rangsang ekonomi

0
32

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa 4 Mei nanti berdasarkan dua kriteria utama iaitu kepentingan kesihatan dan keperluan merangsang ekonomi negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telahpun  mengarahkan penyediaan  syarat prosedur operasi standard (SOP)  yang ketat.

Menurutnya, walaupun kepentingan kesihatan dan ekonomi diperlukan tetapi tidaklah terbuka secara bebas tetapi perlu mengikut SOP ditetapkan.

“Perlu saya ingatkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih terus dilaksanakan.

“Bukan bermakna PKPB tidak mempunyai akta lagi yang mengikat untuk patuh setiap arahan kerana Akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 masih lagi berkuatkuasa dan tindakan masih boleh diambil kepada mereka yang ingkar kepada pematuhan ini,” katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

Ismail berkata, PKP masih berkuatkuasa dan individu yang melanggar peraturan akan tetap dikenakan tindakan walaupun PKPB bermula Isnin ini.

Katanya, ia selari dengan pengumuman awal apabila kerajaan akan mengadakan kelonggaran demi kelonggaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here