PN Kedah akan kemuka calon Menteri Besar baharu

0
70

ALOR SETAR- Perikatan Nasional (PN) Kedah akan mengemukakan calon menteri besar baharu dalam masa terdekat ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor dalam sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, Muhammad Sanusi berkata, 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Muhammad Sanusi berkata, mereka terdiri 15 daripada Pas, Barisan Nasional (2), bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) (2) dan Bersatu (4).

“Kerajaan Pakatan Harapan Kedah sudah jatuh dan hilang keabsahan kuasa selaku kerajaan negeri dengan serta merta.

“Justeru itu atas kesepakatan bersama 19 daripada 23 ADUN yang hadir hari ini bersetuju untuk membentuk kerajaan yang baharu atas nama Perikatan Nasional.

“Bagi menyempurnakan proses peralihan kuasa secara tertib dan aman, presiden parti gabungan dalam PN di peringkat Persekutuan akan mengemukakan calon Menteri Besar Kedah yang baharu melalui Setiausaha Kerajaan Negeri bagi diperkenan dan menerima tauliah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here