Roti canai, nasi lemak, sambal sotong jadi pilihan di Bunch-Oh

0
88

CYBERJAYA – Roti canai, nasi lemak dan sambal sotong habis dijual dalam masa kira-kira sejam di restoran Bunch-Oh di Malakat Mall.

Situasi itu menunjukkan ‘orang kita’ memang terlalu rindukan masakan melayu selepas lama tidak merasa hidangan berkenaan.

Pengarah Food & Baverage (F&B) Malakat Mall, Aziz Juhari berkata, hidangan itu antara produk laku ‘keras’ sejak Bunch-Oh dibuka Selasa lalu.

Aziz berkata, pelanggan juga tidak putus-putus dan silih berganti sekali gus menunjukkan orang ramai mula keluar seperti biasa sekarang.

‘Sejak dibuka Selasa lalu, saya hairan kerana pelanggan semata-mata datang untuk mencari roti canai, nasi lemak dan juga sambal sotong.

“Mungkin mereka sudah lama tidak merasa juadah masakan Melayu, setiap hari menu ini habis dipesan pelanggan,” katanya.

Menurut Aziz, selain hidangan tradisi itu, Bunch-Oh juga menyediakan pelbagai hidangan lain yang menjadi pilihan pelanggan.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, pelanggan tidak perlu takut untuk ke Bunch-Oh kerana pihaknya sediakan prosesur operasi standard (SOP).

“SOP kita ketat demi keselamatan semua termasuk jarak sosial satu meter. Jadi tidak perlu takut untuk ke Malakat Mall dan Bunch-Oh.

“Bunch-Oh dibuka kepada orang ramai mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam. Selain itu kami juga masih meneruskan jualan dalam talian.

“Untuk roti canai, kita rancang untuk buat dua sesi iaitu pagi sehingga pukul 12 tengah hari dan petang bermula pukul 4 hingga 6 petang,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pelanggan, Firdaus Misran berkata, suasana di restoran Bunch-Oh menjadi satu kelainan baharu di Cyberjaya.

“Bunch-Oh banyak pilihan, jadi saya rasa sesuai dan sepatutnya menjadi pilihan ramai. Saya sudah beberapa kali ke sini, Alhamdulillah menarik,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here