Saintis buktikan Covid-19 100 kali lebih berjangkit melalui mata dan saluran atas pernafasan

0
108

CYBERJAYA – Sekumpulan saintis dari Hong Kong mendapati bahawa jangkitan SARS-Cov-2 yang menyebabkan Covid-19 adalah 100 kali lebih berjangkit melalui saluran atas pernafasan dan pada lapisan sel di permukaan mata yang dikenali sebagai konjunktiva.

Menurut laporan portal South China Morning Post (SCMP), dapatan kumpulan dari Universiti Hong Kong itu telah diterbitkan dalam edisi terbaharu jurnal perubatan The Lancet Respiratory Medicine.

“Selain SARS-Cov-2, kami turut menjalankan ujian yang sama dengan menggunakan sampel Sars dan H5N1.

“Dalam ujian makmal yang dijalankan, kami mendapati SARS-Cov-2 adalah lebih efisien dalam menjangkiti sampel sel saluran atas pernafasan dan konjunktiva pada tahap 80 hingga 100 kali lebih tinggi,” kata Dr. Michael Chan Chi-wai yang mengetuai kumpulan saintis tersebut.

Beliau turut menambah, antara rumusan yang dapat disimpulkan daripada kajian ini adalah, mata merupakan salah satu daripada laluan utama jangkitan Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here